Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan Sistem Pengurusan Latihan MACA (GMACA) serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan / atau menggunakan perkhidmatan di sistem ini.
Sekiranya anda mengakses sistem ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat ini dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan kami, Sistem Pengurusan Latihan MACA (GMACA) bagi akses dan / atau penggunaan sistem ini.Penggunaan dan / atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini.
Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa Sistem Pengurusan Latihan MACA (GMACA) tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:
Sistem Pengurusan Latihan MACA (GMACA) boleh menyediakan pautan kepada sistem yang lain. Laman-sistem tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, Sistem Pengurusan Latihan MACA (GMACA) tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa Sistem Pengurusan Latihan MACA (GMACA) tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut.
Anda bertanggungjawab memelihara maklumat sulit kata laluan anda yang diberi untuk memasuki Laman, dan adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua aktiviti yang berlaku di bawah kata laluan anda. Anda bersetuju untuk memberitahu Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dengan segera mana-mana penggunaan tanpa kebenaran kata laluan anda. Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) mengambil berat tentang keselamatan maklumat peribadi yang kami telah ambil daripada anda dan telah mengambil langkah-langkah munasabah untuk menghalang akses yang tidak sah kepada maklumat itu.
Anda bersetuju bahawa Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) mungkin, dengan pertimbangan sendiri, pada bila-bila masa menamatkan akses anda kepada Laman dan mana-mana akaun anda yang mungkin berkaitan dengan Laman. Akses kepada Laman yang diawasi oleh Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).
Sistem Pengurusan Latihan MACA (GMACA) mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Adalah dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini.