| C2: Menerangkan – Peserta mampu menerangkan teknik-teknik analisis kewangan untuk menghasilkan analisis dan maklumat kewangan yang berkesan, sesuai bagi tujuan perundangan dan penguatkuasaan. C2: Membincangkan – Peserta boleh membincangkan modus operandi yang digunakan oleh penjenayah, merujuk kepada pengalaman daripada kes-kes terdahulu untuk memahami strategi penyembunyian dana haram. C3: Menyesuaikan – Peserta mampu menyesuaikan teknik siasatan dan forensik kewangan melalui pemikiran analitikal dan kritikal, dengan menggunakan kajian kes semasa bagi meningkatkan ketepatan dalam analisis kewangan. |
1. Membekalkan peserta dengan teknik mendalam dalam proses analisis kewangan untuk meningkatkan keupayaan dalam mengesan aliran dana yang mencurigakan.
2. Menerapkan kaedah analisis kewangan yang kompleks serta mengkaji contoh kes yang rumit bagi memahami pola dan strategi penjenayah dalam menyembunyikan dana haram.
3. Memperkenalkan peserta kepada kaedah dan teknik terkini dalam analisis kewangan melalui perkongsian pengetahuan dari pakar dalam dan luar negara bagi memastikan pemahaman yang seiring dengan standard global.
Pegawai SPRM Gred P5 - P12