1. Peserta dapat memahami Prinsip dan Falsafah Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE):
- Memberikan pendedahan menyeluruh kepada pegawai SPRM mengenai konsep asas OBE serta perbezaannya dengan pendekatan pendidikan tradisional yang berasaskan input. Penekanan akan diberikan kepada kepentingan hasil pembelajaran yang jelas dan berfokus kepada pencapaian pelajar.
2. Peserta dapat Mengenal Pasti dan Merumuskan Hasil Pembelajaran yang Jelas dan Boleh Diukur:
- Membimbing pegawai dalam merangka dan membangunkan Hasil Pendidikan Program (PEO), Hasil Pembelajaran Program (PLO) dan Hasil Pembelajaran Kursus (CLO) yang spesifik, boleh diukur serta sejajar dengan objektif institusi dan standard kualiti. Fokus diberikan kepada penyelarasan matlamat latihan dengan keperluan profesionalisme dan integriti dalam konteks SPRM.
Pegawai yang terdiri daripada Course leader, Subject Module Leader, Co-Subject Module Leader, tenaga pengajar dan urusetia pasukan Akreditasi MACA.