Mesyuarat ini dirancang untuk diadakan pada 2 September 2025 di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. Pihak urusetia akan membentangkan mengenai agenda-agenda mesyuarat yang berkaitan dengan cadangan pentauliahan peserta yang telah selesai menjalani program, dasarĀ dasar baharu yang dikira perlu serta hal-hal dan isu-isu semasa bagi mendapat keputusan daripada Lembaga yang bersidang. Keputusan-keputusan yang diperolehi di dalam mesyuarat ini merupakan punca kuasa bagi pihak CIDC mengisytiharkan seseorang peserta program diiktiraf sebagai CelO dan menjalankan programĀ program dengan kaedah seperti yang diputuskan oleh ahli lembaga.
1.1 Membincangkan mengenai dasar-dasar Program CelO seperti yang termaktub di dalam Arahan YAB Perdana Menteri No 1 Tahun 2009 berkaitan program ini yang perlu ditambah baik mengikut keperluan semasa.
1.2 Membincangkan mengenai isu-isu terkini atau hal-hal yang berkaitan di bawah bidang kuasa LPPIB.
Mengikut Perkara 5.2 .1 Arahan YAB Perdana Menteri No 1 Tahun 2009, jumlah ahli adalah tidak kurang daripada 7 orang dan di Pengerusikan oleh Ketua Suruhanjaya SPRM lantikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN).