KURSUS PENGURUSAN RISIKO RASUAH (CRM) SIRI 9 TAHUN 2025 - KEMENTERIAN DIGITAL
Tarikh Program
23 Sep 2025
hingga
25 Sep 2025
Tarikh Tutup Permohonan
11 Sep 2025
Kumpulan Sasaran
Jawatankuasa CRM Kementerian Digital
Kaedah
Kursus dijalankan secara bersemuka ;
Sesi Ceramah ;
Sesi Latih Amal dalam kumpulan ;
Pembentangan kumpulan.
Status Program
Tamat
Lokasi Program
Aras 13, 14 & 15, Blok Menara, Menara Usahawan No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62000 Putrajaya, Malaysia,
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
Yuran
PERCUMA
Penganjur
PUSAT PEMATUHAN ANTI RASUAH KORPORAT
Objektif
1. Menjelaskan – Peserta dapat menjelaskan peruntukan undang-undang pencegahan rasuah yang relevan dan bagaimana ia diterapkan dalam proses pembangunan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM), memastikan pematuhan undang-undang dalam pengurusan risiko rasuah.
2. Mengaplikasikan – Peserta mampu mengaplikasikan proses analisis risiko rasuah serta elemen kawalan dalaman dalam membangunkan CRM, menggunakan pendekatan sistematik untuk mengurangkan potensi risiko rasuah dalam organisasi.
3. Membangunkan – Peserta dapat membangunkan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) yang khusus untuk organisasi masing-masing, merangkumi langkah-langkah kawalan dan mitigasi risiko yang sesuai dan praktikal.
Syarat Program
Kursus ini hanya agensi kepada Kementerian Digital sahaja ;
Para peserta adalah yang dilantik menjadi Jawatankuasa CRM agensi tersebut ;
Digalakkan agensi menyediakan senarai proses kerja / daftar risiko (sekiranya ada) ;
Para peserta perlu mendapatkan kelulusan menyertai kursus CRM daripada Ketua Jabatan ;
Agensi perlu menanggung sepenuhnya kos-kos seperti lokasi kursus, elaun penceramah dan fasilitator, penginapan tenaga pengajar, elaun tuntutan perjalanan tenaga pengajar, yuran modul, yuran penyertaan dan lain-lain melibatkan kos.