Objektif kursus ini ialah seperti berikut:-
1. Peserta akan mendalami pengetahuan dan mempunyai perspektif yang lebih luas tentang peranan dan fungsi Bahagian Perisikan, SPRM;
2. Membangunkan pemahaman, kemahiran, sikap, tingkah laku, dan aplikasi penyiasatan berasaskan perisikan;
3. Melengkapkan peserta dengan kemahiran dan kepakaran dalam operasi penyamaran;
4. Bertukar-tukar idea dan pandangan tentang cabaran dalam pengumpulan risikan di kalangan peserta;
5. Mewujudkan rangkaian pertubuhan antirasuah di seluruh dunia agar kerjasama dan pertukaran pengetahuan berterusan.
1. Sasaran peserta kursus terdiri daripada pegawai kerajaan peringkat pertengahan yang terlibat dalam kerja-kerja pencegahan rasuah.
2. Kemahiran bertutur dalam bahasa Inggeris.
3. Mendapat kelulusan oleh organisasi/jabatan masing-masing.
4. Berumur 26 hingga 55 tahun.