1. Menerangkan – Peserta mampu menerangkan konsep asas undang-undang dan Dasar Awam yang berkaitan dengan pencegahan rasuah, memberikan pemahaman mendalam terhadap kerangka perundangan dan dasar yang relevan.
2. Membangunkan – Peserta dapat membangunkan inisiatif pencegahan rasuah yang bersesuaian, selaras dengan keperluan dan objektif organisasi, memastikan langkah-langkah pencegahan yang proaktif dan berkesan.
3. Membangunkan – Peserta mampu membangunkan Pelan Pengurusan Antirasuah Organisasi (OACP), menyusun pelan komprehensif yang meliputi strategi, tindakan, dan kaedah pemantauan yang sesuai untuk organisasi masing-masing.
1. Kursus ini hanya kepada 5 Badan Berkanun yang di bawah Negeri Kelantan (SUK KELANTAN) ;-
a. Yayasan Islam Kelantan (YIK)
b. Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PPLRNK)
c. Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN)
d. Perbadanan Bandar Baru Tunjong (PBBT)
e. Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan (PKPNK)
2. Para peserta adalah yang dilantik menjadi Jawatankuasa OACP agensi tersebut ;
3. Agensi perlu menyediakan dokumen dan maklumat iaitu Senarai semak (Persediaan sebelum bengkel) Bengkel Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP), Borang Soal Selidik OACP (diedarkan dan mendapatkan maklum balas daripada agensi masing-masing) dan isi Template Borang Analisis Data ;
4. Para peserta perlu mendapatkan kelulusan menyertai kursus OACP daripada Ketua Jabatan ;
5. Agensi perlu menanggung sepenuhnya kos-kos seperti lokasi kursus, elaun penceramah dan fasilitator, penginapan tenaga pengajar, elaun tuntutan perjalanan tenaga pengajar, yuran modul, yuran penyertaan dan lain-lain melibatkan kos