Logo

KERJASAMA STRATEGIK


Cetak
HELP University
Kerjasama ini melibatkan tawaran biasiswa kepada 5 orang pegawai SPRM setiap tahun. Tiada perancangan lanjut disebabkan program ini dilaksanakan sepenuhnya oleh HELP University.

 


Nottingham Trent University (NTU) United Kingdom

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang melaksanakan program pengajian berakreditasi hasil kerjasama dengan Nottingham Trent University (NTU) yang merupakan sebuah universiti antarabangsa berpusat di United Kingdom.

Pengajian yang ditawarkan ialah Postgraduate Diploma in International Law Enforcement: Anti-Corruption Leadership (Level 7), Professional Diploma in International Law Enforcement: Anti-Corruption Studies (Level 5) dan Professional Diploma in International Law Enforcement: Anti-Corruption Studies (Level 5) for In-Service Officer. Kesemua program berpusat di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).

Sesi pengajian dilaksanakan secara bersemuka, dalam talian (online/e-learning) atau gabungan kedua-duanya (blended learning).

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang melaksanakan program pengajian Sarjana Sains Sosial (Pengajian Rasuah) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang merupakan sebuah Institusi Pengajian Tertinggi Awam berpusat pengajian di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).
 
Program yang dijalankan selama 18 bulan ini melibatkan 5 orang pegawai SPRM di setiap kohort dan beberapa lagi pelajar lain dari sektor kerajaan, swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
 
Hampir keseluruhan program pengajian diuruskan oleh pihak UKM. Walaubagaimanapun, keterlibatan SPRM melalui MACA adalah dari aspek penyediaan Pensyarah dalam kalangan warga SPRM serta menyelaras Program Penandarasan di luar negara.