Kami berjanji merancang dan melaksanakan program latihan yang berkualiti dan menepati keperluan pelanggan dengan:
- Menyampaikan maklumat program latihan kepada pelanggan sekurang-kurangnya dua (2) minggu untuk program domestik dan tiga (3) bulan bagi program antarabangsa sebelum kursus bermula;
- Melaksanakan sekurang-kurangnya 90% daripada program latihan yang dirancang setiap tahun;
- Menjalankan sekurang-kurangnya dua (2) kajian setahun;
- Menghasilkan sekurang-kurangnya dua (2) penerbitan setahun ;
- Menjalankan sekurang-kurangnya dua (2) konsultasi berbentuk latihan setahun;
- Menyediakan laporan penilaian program latihan selewat-lewatnya tiga (3) minggu selepas tamat program; dan
- Memastikan penyampaian penceramah program latihan mendapat penilaian tidak kurang daripada lapan puluh (80) peratus.