Logo

Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Rasuah)
UKM-SPRM

Cetak
Objektif Kursus
  • Program ini adalah untuk memberikan penambahan ilmu (value added) yang sedia ada sekaligus memberikan latihan akademi lanjutan kepada pegawai-pegawai SPRM dan pegawai agensi penguatkuasa tempatan dan luar negara dalam mempertingkatkan profesionalisme mereka;
  • Program ini akan menghasilkan siswazah yang peka kepada perkembangan reka bentuk, pendekatan dan teknologi terkini dalam kegiatan dan pengurusan rasuah di peringkat antarabangsa;
  • Program ini akan mempertingkatkan keupayaan pegawai-pegawai SPRM dan pegawai agensi berkaitan yang mempunyai ilmu pengetahuan terkini dalam bidang kerjaya, kepekaan yang tinggi terhadap perkembangan semasa serta berfikiran luas dan mendalam untuk dijadikan pelapis dalam kepimpinan SPRM dan agensi penguatkuasa tempatan di peringkat tertinggi.

Tempat

Program ini akan dilaksanakan di:

  • FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) BANGI

Kaedah Pembelajaran

Kaedah pembelajaran yang akan digunakan sepanjang program meliputi:

  • Kuliah
  • Kerja Kursus
  • Tutoran
  • Seminar
  • Penyelidikan
  • Kertas Kerja

Calon Belajar

Syarat-syarat asas kemasukan akademik yang ditetapkan seperti berikut:

  • Ijazah sarjana muda dengan kepujian yang baik dalam pelbagai bidang dari UKM atau universiti-universiti yang diiktiraf oleh Senat UKM.

  • Diploma dari UKM atau universiti-universiti yang diiktiraf oleh Senat UKM dan sekurang-sekurangnya 5 tahun pengalaman kerja.

Bahasa Penghantar

Program ini akan dikendalikan menggunakan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sepanjang kuliah dan aktiviti pembelajaran


Yuran
  • Yuran yang telah ditetapkan bagi mengikuti program ini adalah RM32, 640/peserta (tertakluk kepada pindaan semasa oleh pihak UKM).

  • Pelajar yang berminat diminta/dinasihatkan untuk mendapatkan pembiayaan sendiri samada dari jabatan atau pinjaman.

Tenaga Pengajar

Bagi memastikan kualiti dan keberkesanan program ini, tenaga pengajar akan diselia oleh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM dan juga akan memperolehi kerjasama dan sumbangan kepakaran dari pegawai-pegawai kanan SPRM dalam modul yang berkaitan.


Kandungan Modul

Antara kandungan utama modul kursus adalah seperti berikut:

  • Sosiologi Rasuah
  • Kriminologi
  • Undang-Undang dan Jenayah Rasuah
  • Kaedah Penyelidikan Lanjutan
  • Penyiasatan dan Pengurusan Rasuah
  • Etika, Tadbir urus dan Rasuah
  • Jenayah Rasuah dan Kawalan Sosial
  • Projek Penanda Arasan keluar negara
  • Tesis Sarjana Pengajian Rasuah

Maklumat Lanjut
  • SEKOLAH PENCEGAHAN RASUAH DAN PENGURUSAN
    Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia
    Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin
    Off Jalan Tunku Abdul Halim
    50480 Kuala Lumpur
  • Hubungi: 03-62092800 sambungan 2974/2969/2967
  • Emel: kprp@sprm.gov.my
  • PsK Kamarul Zaman bin Mosman
    kamarulzaman.mosman@sprm.gov.my / 016-6340050
  • PPs Adzirah bt. Amat
    adzirah@sprm.gov.my / 013-9952573
  • Prof Dr. Jalaluddin Abdul Malek
    Penyelaras Program UKM - 012 3865514

Brosur

Berikut adalah brosur mengenai program kerjasama UKM