1. C2 (Memahami) - Memahami prinsip asas, komponen dan piawaian penilaian berasaskan hasil (Outcome Based Assessment - OBA) sejajar dengan kerangka OBE.
2. C3 (Mengaplikasi) - Mengaplikasikan alat dan strategi penilaian yang sesuai untuk menilai pembelajaran pelajar dan memberikan maklum balas membina bagi penambahbaikan akademik dan kualiti berterusan.
3. C3 (Mengaplikasi) - Berkomunikasi dengan berkesan dan beretika mengenai kriteria penilaian, jangkaan, dan hasil kepada pihak berkepentingan seperti pelajar, rakan akademik, dan badan akreditasi.
4. C3 (Mengaplikasi) - Menunjukkan autonomi, akauntabiliti dan amalan reflektif dalam penggunaan data penilaian untuk membuat keputusan dan peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
5. C6 (Mereka bentuk) - Mereka bentuk tugasan penilaian, rubrik dan pelan penilaian yang sah dan boleh dipercayai serta sejajar dengan hasil pembelajaran kursus dan program merangkumi domain kognitif, psikomotor dan afektif.
Pegawai yang terdiri daripada Course leader, Subject Module Leader, Co-Subject Module Leader, tenaga pengajar dan urusetia pasukan Akreditasi MACA.