Objektif program ini adalah melahirkan CeIO yang:
1. berkelayakan dan kompeten dalam pengurusan tatakelola dan mampu memimpin perubahan dalam memerangi rasuah serta memperkukuh amalan integriti organisasi;
2. mampu mengenal pasti, menganalisis, dan menguruskan risiko berkaitan dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan serta ketidakpatuhan dalam organisasi;
3. mampu melaksanakan program integriti yang lebih sistematik dan efektif bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan; dan
4. bertindak sebagai penasihat utama kepada kepimpinan organisasi dalam pengurusan integriti, etika kerja, pencegahan rasuah, pengurusan risiko serta kawalan dalaman terhadap salah guna kuasa, penyelewengan dan kelemahan pentadbiran.
1. Pegawai Integriti Dan Governans (IGO) yang berkhidmat daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) atau setaraf dengannya; atau
2. Mana-mana individu yang berkhidmat daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional atau setaraf dengannya yang melaksanakan fungsi IGU; atau
3. Mana-mana individu yang berkhidmat daripada kumpulan Pelaksana atau setaraf dengannya dari agensi atau organisasi berstruktur kecil yang melaksanakan fungsi IGU; dan
4. Pengalaman kerja tidak kurang daripada lima (5) tahun dan telah sah dalam jawatan semasa; dan
5. Bebas daripada prosiding atau hukuman tatatertib; dan
6. Mempunyai prestasi perkhidmatan yang cemerlang; dan
7. Melepasi proses tapisan keutuhan SPRM dan PDRM atau mana-mana agensi yang berkaitan berdasarkan keperluan bagi memastikan bahawa calon tidak terlibat dengan sebarang jenayah atau masalah integriti yang boleh menjejaskan kredibiliti program.