Kursus ini dilaksanakan secara bersemuka
1. Peserta dapat mempelajari teknologi kamera telefon pintar dan bagaimana ia boleh digunakan secara efektif dalam konteks fotografi dan videografi.
2. Peserta mendapat penjelasan tentang kaedah tetapan kamera yang sesuai dengan persekitaran serta memastikan kualiti rakaman yang optimal dalam pelbagai keadaan.
3. Peserta dapat mempraktikkan kaedah rakaman yang efektif melalui latihan amali dan mempelajari teknik untuk menangkap gambar dan video yang profesional menggunakan telefon pintar.
4. Peserta dapat mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari ke dalam situasi operasi sebenar serta memanfaatkan teknik fotografi dan videografi yang berkesan untuk dokumentasi yang berkualiti tinggi.