Objektif program ini adalah seperti berikut :-
a. Menetapkan KPI dan SKU yang Jelas dan Relevan
Membantu setiap Pusat menetapkan KPI dan SKU yang jelas, relevan, dan dapat diukur sesuai dengan matlamat strategik MACA khasnya, dan SPRM amnya.
b. Menyelaraskan Matlamat MACA
Memastikan bahawa semua Pusat dan warga MACA memahami matlamat strategik MACA dan SPRM serta bagaimana KPI dan SKU yang ditetapkan menyokong pencapaian matlamat tersebut.
c. Membangunkan Tindakan dan Rancangan Susulan
Mengenalpasti tindakan yang perlu diambil oleh setiap Pusat untuk mencapai KPI dan SKU yang telah ditetapkan dan merancang tindakan susulan yang berkesan untuk memastikan KPI dan SKU yang ditetapkan tercapai.
d. Memantapkan Kompetensi Pengurusan Kewangan dan Perolehan
Meningkatkan dan mengukuhkan akauntabiliti dan integriti dalam bidang pengurusan kewangan sejajar dengan Pelan Antirasuah SPRM (PARAS).
Pegawai dan kakitangan MACA