Logo

MACA TERIMA KUNJUNGAN ACA DAN GENERAL PROSECUTOR'S OFFICE REPUBLIC OF UZBEKISTAN, PERKUKUH HUBUNGAN DI PERINGKAT GLOBAL


21-08-2024

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), TPj Saiful Ezral Arifin menerima kunjungan daripada Anti-Corruption Agency (ACA) dan General Prosecutor’s Office Republic of Uzbekistan, hari ini.

Delegasi Republic of Uzbekistan itu diketuai oleh Pengarah ACA, Dr. Akmal Burkhanov, dengan diiringi oleh Member of Parliament, Chairman of the Committee of the Legislative Chamber of Oliy Majlis on Anti-Corruption and Judicial Affairs, Mr. Jakhongir Shirinov; Duta Uzbekistan ke Malaysia, Dr. Karomidin Gadoev; dan First Deputy Head of the Department for Combating Economic Crimes under the General Prosecutor’s Office, Mr. Inoyat Shukurov.

Dalam pertemuan tersebut, Dr. Akmal Burkhanov telah menyampaikan hasrat untuk menjadikan MACA sebagai sumber rujukan dan penanda aras bagi membangunkan akademi pencegahan rasuah yang menyediakan latihan secara dalam talian, yang juga merupakan akademi pertama seumpamanya di Rantau Asia Tengah.

TPj Saiful Ezral dalam kenyataannya menyebut bahawa MACA sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan ACA Uzbekistan melalui perkongsian dan pertukaran pengalaman dalam bidang pencegahan rasuah. MACA bersedia untuk membincangkan hasrat tersebut ke peringkat seterusnya.

Sehari sebelum itu, delegasi ACA Uzbekistan telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bagi meningkatkan lagi ruang kerjasama dengan SPRM.

Hadir sama dalam sesi lawatan tersebut ialah Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPRM, YBhg. Dato' Mohd Hafaz Nazar; Ketua Cawangan Pehubungan Antarabangsa, Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPRM, PKPj Nik Nurzai Mohd Zainudin serta pegawai-pegawai kanan MACA.