TRAINING OF TRAINER (TOT): KURSUS INTEGRITI ANTIRASUAH (KIAR) DAN KIAR TECHNICAL & VOCATIONAL EDUCATION AND TRAINING (TVET) KEPADA PEGAWAI SPRM
06-02-2025
Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) melalui Sekolah Pencegahan Rasuah menjalankan Training of Trainer (TOT): Kursus Integriti Antirasuah (KIAR) Dan Kiar Technical & Vocational Education and Training (TVET) Kepada Pegawai SPRM secara bersemuka. Kursus ini adalah KURSUS TERTUTUP kepada Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM.
Training of Trainer (TOT): Kursus Integriti Antirasuah (KIAR) Dan Kiar Technical & Vocational Education and Training (TVET) Kepada Pegawai SPRM ini direka untuk meningkatkan kompetensi tenaga pengajar dalam melaksanakan program Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) di institusi pengajian tinggi.
Melalui kursus ini, para pendidik akan diberi pendedahan mendalam tentang kaedah pengajaran yang berkesan, strategi komunikasi, dan pendekatan interaktif yang relevan untuk topik integriti dan antirasuah.
Kursus ini juga merangkumi teknik penilaian dan latihan interaktif yang dapat membantu tenaga pengajar menyampaikan kandungan KIAR dengan lebih berkesan, memastikan objektif program untuk membina generasi muda yang beretika dan berintegriti tercapai.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Sekolah Pencegahan Rasuah
Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA)
Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin
Off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 Kuala Lumpur
Malaysia
No. Telefon: 603-6209 2800/ 603-6209 2969
Emel: kprp@sprm.gov.my
Laman Web: https://gmaca.sprm.gov.my/ms