KURSUS PENGURUSAN TATATERTIB DALAM PERKHIDMATAN AWAM
16-06-2025
Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) melalui Sekolah Pengajian Pengurusan (SPP) akan menjalankan Kursus Pengurusan Tatatertib Dalam Perkhidmatan Awam secara dalam talian (online). Kursus ini adalah KURSUS TERBUKA kepada semua PEGAWAI SPRM.
𝐎𝐁𝐉𝐄𝐊𝐓𝐈𝐅
1. Memahami jenis-jenis salah laku tatakelakuan dan larangan dalam perkhidmatan awam serta kepentingannya dalam mengekalkan integriti organisasi.
2. Mengetahui dasar dan prosedur pengurusan kes tatatertib dalam perkhidmatan awam berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) P.U. (A) 395/1993 serta Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam P.U. (A) 396/1993 untuk memastikan tindakan tatatertib yang tepat dan mematuhi undang-undang.
3. Memahami dan melaksanakan tanggungjawab penyeliaan ke atas pegawai bawahan yang terlibat dalam salah laku tatakelakuan serta memastikan pengurusan tatatertib yang telus dan berkesan dalam organisasi.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Sekolah Pengajian Pengurusan (SPP)
Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA)
Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin
Off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 Kuala Lumpur
Malaysia
No. Telefon: 603-6209 2800
Laman Web: https://gmaca.sprm.gov.my/ms