Logo

TAKLIMAT SPRM SEMPENA NATIONAL TRAINING WEEK (NTW) 2025


18-06-2025

Sukacita dimaklumkan bahawa Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) dengan kerjasama Human Resource Development Corporation (HRD Corp) akan menganjurkan siri taklimat dalam talian secara percuma sempena National Training Week (NTW) 2025 bagi sesi yang akan berlangsung pada:

• 19 Jun 2025 (Khamis), jam 2.00 – 3.00 petang

https://www.nationaltrainingweek.gov.my/indiCourse?courseId=27039

• 20 Jun 2025 (Jumaat), jam 3.00 – 4.00 petang

https://www.nationaltrainingweek.gov.my/indiCourse?courseId=27042

Sesi ini akan disampaikan oleh Puan Noor Lydia binti Abdullah, bertajuk Kesalahan Utama Mengikut Akta SPRM 2009 dan Liabiliti Korporat Seksyen 17A. Platform penyampaian adalah secara dalam talian melalui Portal NTW, dan memerlukan pendaftaran awal.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga SPRM dan mana-mana pihak yang berminat untuk menambah kefahaman berkaitan integriti dan pematuhan undang-undang.

Untuk maklumat lanjut mengenai program NTW 2025 secara keseluruhan, sila layari: https://www.nationaltrainingweek.gov.my

Kerjasama dan sokongan semua pihak amat dihargai dalam menjayakan inisiatif pembelajaran sepanjang hayat ini demi memperkukuh budaya integriti dalam negara.