PELANJUTAN PENTAULIAHAN PEGAWAI INTEGRITI BERTAULIAH (CEIO) SUKU KE-3 TAHUN 2025
04-11-2025
📍Sebagaimana sedia maklum, Perkara 6.3.2 (b) Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2009 Siri 1 No. 1 Tahun 2011 – Pelaksanaan Program Pegawai Integriti Bertauliah memperuntukkan bahawa tempoh sah setiap pentauliahan adalah dua (2) tahun dan Perkara 6.3.3 Arahan yang sama memperuntukkan bahawa mana-mana CeIO yang hendak melanjutkan pentauliahan perlulah memenuhi kehendak (a) – (g) yang ditetapkan dalam Arahan tersebut.
📍Sehubungan itu, permohonan pelanjutan Pentauliahan Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Suku Ke-3 Tahun 2025 akan dibuka mulai 30 Oktober 2025 (Khamis) dan ditutup pada 30 November 2025 (Ahad). Bagi memastikan kesinambungan pentauliahan dan pematuhan kepada syarat yang ditetapkan, YBhg. Datuk Seri/ Dato' Sri/ Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan adalah dimohon untuk mengemukakan permohonan pelanjutan dalam tempoh yang ditetapkan. Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut: https://gmaca.sprm.gov.my/ms/daftar atau imbas QR Kod berikut:
📍Untuk makluman, permohonan selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan dan mana-mana individu yang mempunyai sijil pentauliahan CeIO yang telah tamat tempoh sah akan dibatalkan secara automatik berkuat kuasa 31 Disember 2025 seperti mana keputusan Mesyuarat Lembaga Pengiktirafan Pegawai Integriti Bertauliah (LPPIB) Siri 25 Bil 4 Tahun 2025 yang berlangsung pada 3 Oktober 2025.
📍Sebarang pertanyaan atau maklum balas berkaitan boleh dikemukakan melalui e-mel pelanjutan.ceio@sprm.gov.my atau hubungi di talian 03-6209 2800