KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN BEKAS PEGAWAI SPRM KE MACA
18-11-2025
Kuala Lumpur, 18 November 2025 – Persatuan Bekas Pegawai SPRM telah mengadakan kunjungan hormat ke Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) semalam bagi membincangkan potensi kerjasama dalam penganjuran program pembangunan kapasiti untuk pesara.
Perbincangan memberi tumpuan kepada peranan pesara sebagai rakan strategik dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap integriti dan pencegahan rasuah melalui latihan serta sesi libat urus yang bersasar.
Delegasi persatuan diketuai oleh Tuan Haji Nordin Saidin bersama Tuan Haji Azizi Arifin, Tuan Haji Zulkefle, Puan Hidayah Mohd Yusoff dan Puan Narimah A. Rahman.
Kunjungan ini membuka ruang kerjasama yang lebih inklusif antara MACA dan bekas pegawai SPRM, selaras dengan usaha memperkukuh ekosistem pendidikan antirasuah melalui perkongsian kepakaran berasaskan pengalaman.
#MACAMACC
#sprmmalaysia
#RasuahDihinaMaruahDibina