RERUAI MACA SEMPENA MESYUARAT PRINSIPAL ASEAN PARTIES AGAINST CORRUPTION (ASEAN-PAC) KE-22
19-08-2026
MACA SPRM SERTAI PAMERAN ASEAN-PAC
Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyertai pameran sempena Mesyuarat Prinsipal Agensi Penguatkuasaan Rasuah (ASEAN-PAC) Ke-22 yang berlangsung di Hotel DoubleTree Hilton Melaka pada 28 hingga 29 Julai 2026.
Penyertaan ini merupakan kali kedua selepas penglibatan sulung pada Mesyuarat Prinsipal ASEAN-PAC Ke-21 yang diadakan di Sunway City Hotel pada tahun lalu. Melalui reruai yang disediakan, MACA memperkenalkan peranan, fungsi serta pelbagai inisiatif pembangunan kompetensi dan latihan antirasuah kepada delegasi dan pengunjung.
Penyertaan ini turut menjadi platform untuk memperkukuh jaringan kerjasama, memperluas perkongsian ilmu serta meningkatkan pemahaman terhadap peranan MACA dalam memperkasa pendidikan dan latihan antirasuah di peringkat serantau
#maca
#SPRMMalaysia
#BeraniDanRadikalPerangiRasuah