Logo

MACA PERKASA KERJASAMA STRATEGIK ANTIRASUAH DI PERINGKAT ASEAN


19-08-2026

Kuala Lumpur, 30 Julai – Pengarah Kanan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), SPRM, Dato' Mohamad Zamri Zainul Abidin telah menyampaikan taklimat mengenai peranan MACA serta hala tuju kerjasama strategik sempena Mesyuarat Sekretariat ASEAN Parties Against Corruption (ASEAN-PAC) Kali Ke-22 yang berlangsung di Hotel DoubleTree by Hilton Melaka, di sini semalam.

Dalam sesi perkongsian tersebut, beliau menegaskan komitmen MACA untuk terus memperkukuh kerjasama strategik di peringkat serantau melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif yang mampu memberi nilai tambah kepada MACA serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Antara inisiatif yang diketengahkan termasuk pembangunan Program Asas Pegawai Antirasuah ASEAN (Development of the ASEAN Basic Anti-Corruption Officer Programme) serta peningkatan penghasilan penyelidikan dan penerbitan bersama (Increasing Output in Joint Research and Publications) sebagai usaha memperkukuh perkongsian ilmu, pembangunan kapasiti dan kerjasama antirasuah dalam kalangan negara anggota ASEAN.

#maca

#SPRMMalaysia

#BeraniDanRadikalPerangiRasuah