Logo

PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB) ANJUR PROGRAM CEIO GLC SECARA IN-HOUSE


05-08-2022

Permodalan Nasional Berhad (PNB) sedang melaksanakan Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) - GLC secara dalaman (in-house) dengan kerjasama Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).

Program CeIO GLC-PNB Siri 6 Bil. 3 Tahun 2022 yang disertai oleh seramai 42 Pegawai Pengurusan dan Eksekutif PNB serta anak syarikat milik PNB ini berlangsung mulai 2 hingga 18 Ogos 2022 bertempat di Espira Kinrara Resort, Puchong, Selangor.

Untuk rekod, Program CeIO GLC ini adalah selaras dengan Arahan YAB Perdana Menteri Bil. 1 Tahun 2018  berkenaan Penubuhan Unit Integriti dan Governans (IGU) bagi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat-Syarikat yang dimiliki oleh Kementerian dan Agensi Kerajaan termasuk di bawah Kerajaan Negeri bagi menjayakan hasrat kerajaan untuk memastikan budaya integriti dapat disebar luaskan ke seluruh organisasi berpandukan fungsi teras IGU dan seterusnya diaplikasikan dalam setiap unit organisasi GLC.

Di samping itu, pelaksanaan program ini juga diyakini mampu meningkatkan kefahaman dan pengetahuan pegawai-pegawai PNB melalui modul-modul CeIO yang terkini.