Logo

SELAMAT MENYAMBUT HARI ISRAK & MIKRAJ


18-02-2023

Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah.

Hari ini disambut oleh orang Islam di Malaysia bagi memperingati peristiwa yang sangat luarbiasa yang telah dilalui Rasulullah s.a.w. pada tahun ke-11 kerasulan Baginda.

Antara peristiwa penting dalam Israk dan Mikraj adalah perintah kewajipan solat fardu lima waktu sehari semalam ke atas orang Islam.


Sama-samalah kita menghayatinya.