Logo

PROFIL MACA


Sejarah MACA
  • Penubuhan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) telah diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa menghadiri ‘4th Steering Committee Meeting ADB-OECD Anti-Corruption Initiative for Asia and Pacific’ di Kuala Lumpur. Secara umumnya MACA diharap akan menjadi pusat serantau bagi usaha-usaha meningkatkan kapasiti dan kapabiliti dalam pembanterasan rasuah.
  • Pelbagai institusi dan pertubuhan antarabangsa telah menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam menyediakan tenaga pengajar, pakar untuk merangka dan mengendalikan kursus, latihan, seminar, dan bengkel setiap tahun terutamanya di rantau Asia-Pasifik dalam pembenterasan jenayah rasuah. Ini boleh dilaksanakan melalui hubungan dua hala dan pelbagai hala (bilateral and multilateral) dengan agensi-agensi penguatkuasa pencegahan rasuah serantau seperti ICAC Hong Kong, FBI, BMR Brunei Darussalam, KICAC(Republic of Korea), Indonesia, CPIB Singapura, Thailand dan lain-lain lagi. Dengan adanya pelbagai program yang dirancang, adalah diharapkan MACA akan muncul sebagai pusat pembelajaran dan latihan terpenting di rantau Asia.
  • Penubuhan MACA ini juga adalah sebagai tanggungjawab untuk meningkatkan kemahiran dan profesionalisme Pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, melalui penyediaan kursus-kursus dalam perkhidmatan untuk modul penyiasatan, pendakwaan, perisikan, pendidikan masyarakat, pemeriksaan dan perundingan, tatacara kerja, pengurusan dan kewangan, keselamatan, kepimpinan, latihan kejurulatihan (training of trainers), teknologi maklumat serta pengajian bahasa terutamanya Bahasa Inggeris.
Objektif

OBJEKTIF

  • Memantapkan kebebasan, ketelusan dan profesionalisme pegawai SPRM di dalam melaksanakan tugas;
  • Mengukuhkan  Integriti  dan Akauntabiliti pegawai SPRM melalui program latihan yang berkesan dan berterusan;
  • Melatih modal insan sektor awam bagi meningkatkan kapasiti dan kapabiliti dalam usaha pencegahan rasuah;
  • Meningkatkan  program latihan pencegahan rasuah melalui perkongsian bestari bersama sektor swasta;
  • Memperluaskan usahasama (collaboration) dan kerjasama (cooperation) dengan agensi-agensi penguatkuasaan, institusi-institusi latihan dan badan-badan antarabangsa; dan
  • Menganjurkan program pembangunan kapasiti dan kapabiliti bagi masyarakat global.
Visi & Misi

VISI

  • Menjadi sebuah pusat kecemerlangan pencegahan rasuah bertaraf serantau dan antarabangsa.

MISI

  • Menerajui pembangunan modal insan SPRM secara dinamik, progresif dan berterusan;
  • Meningkatkan kapasiti dan kapabiliti sektor awam dan swasta dalam usaha pencegahan rasuah melalui perkongsian maklumat; dan
  • Menjalin rangkaian perkongsian strategik di peringkat antarabangsa melalui program latihan pencegahan rasuah.
Carta Organisasi
Piagam Pelanggan

Kami berjanji merancang dan melaksanakan program latihan yang berkualiti dan menepati keperluan pelanggan dengan:

  • Menyampaikan maklumat program latihan kepada pelanggan sekurang-kurangnya dua (2) minggu untuk program domestik dan tiga (3) bulan bagi program antarabangsa sebelum kursus bermula;
  • Melaksanakan sekurang-kurangnya 90% daripada program latihan yang dirancang setiap tahun;
  • Menjalankan sekurang-kurangnya dua (2) kajian setahun;
  • Menghasilkan sekurang-kurangnya dua (2) penerbitan setahun ;
  • Menjalankan sekurang-kurangnya dua (2) konsultasi berbentuk latihan setahun;
  • Menyediakan laporan penilaian program latihan selewat-lewatnya tiga (3) minggu selepas tamat program; dan
  • Memastikan penyampaian penceramah program latihan mendapat penilaian tidak kurang daripada lapan puluh (80) peratus.