Menambahkan ilmu pengetahuan ke atas pegawai dan kakitangan SPRM Kuala Lumpur dalam aspek keselamatan serta tatacara kewangan yang betul dalam usaha menambahbaik tatakelola aktiviti operasi, pencegahan dan pengurusan di SPRM Kuala Lumpur;
Mendidik serta memberi kesedaran ke atas penjagaan kesihatan diri dan mental dalam pengurusan tekanan (stress) di tempat kerja bagi menjamin peningkatan produktiviti dan kualiti kerja warga SPRM Kuala Lumpur;
Membantu pegawai dan kakitangan SPRM Kuala Lumpur dalam memenuhi penunjuk prestasi kehadiran hari berkursus;
Melahirkan pegawai dan kakitangan yang bersifat profesional, berdisiplin, kompeten dan mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi supaya dapat melaksanakan tugas-tugas harian dengan lebih efektif;
Memastikan bahawa semua pegawai dan kakitangan sentiasa berada dalam keadaan berilmu pengetahuan dan berkemahiran berdasarkan undang-undang, pekeliling dan prosedur terkini; dan
Merapatkan hubungan dan meningkatkan semangat “esprit de corps” di kalangan semua pegawai dan kakitangan.