Pelaksanaan Kawalan Dalaman Anti Rasuah: Pendekatan Strategik dan Praktikal
Date Program
24 Jun 2025
to
25 Jun 2025
Date Closed Program
01 Jan 1970
Target Group
Pegawai Siasatan/ Penolong Pegawai Siasatan SPRM
Method
Kursus ini menggunakan kaedah penerangan, perbincangan, latih tubi dan praktikal bagi memastikan pemahaman peserta. Pada hujung kursus, satu pembentangan akan diadakan untuk menilai tahap pemahaman dan kebolehan para peserta yang menghadiri kursus.
Status Program
Ended
Programme Location
DEWAN KULIAH SABAH,
WILAYAH PERSEKUTUAN (KUALA LUMPUR)
Fee
FREE
Organizer
SCHOOL OF CORRUPTION PREVENTION
Objective
Memberikan pengetahuan tentang metodologi dan panduan kepada pegawai Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) mengenai Kawalan Dalaman Anti Rasuah, untuk memperkukuh pemahaman dan pelaksanaan langkah pencegahan rasuah yang efektif.
Menyediakan latihan komprehensif dalam modul Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP), Pengurusan Risiko Rasuah (CRM), Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS), serta kaedah-kaedah lain yang menyokong fungsi pegawai BPT, agar mereka berkeupayaan melaksanakan penyiasatan tatakelola yang berkualiti tinggi.
Membangunkan pegawai sebagai Pegawai Perunding yang mampu menyampaikan taklimat mengenai pelbagai polisi pencegahan rasuah sedia ada dengan efektif, memastikan pengetahuan yang konsisten dan terkini disampaikan kepada pihak berkepentingan.
Memenuhi salah satu keperluan wajib dalam Pelan Strategik SPRM 2021-2025, yang menekankan kecekapan dan keberkesanan dalam inisiatif pencegahan rasuah dan pengurusan tatakelola.'
Programme Requirement
Peserta digalakkan membawa komputer riba semasa bengkel ini.
Peserta dikehendaki berada dalam keadaan sihat semasa melapor diri pada hari pendaftaran.
Peserta dikehendaki berpakaian seperti kod etika pemakaian penjawat awam sewaktu berkursus.
Peserta diwajibkan menghadiri setiap slot yang diadakan sepanjang kursus.