Objektif kursus adalah seperti berikut :
1 . Peserta dapat menerangkan peranan Pegawai Penyiasat dalam membantu pengurusan kes di mahkamah, termasuk persediaan sebelum perbicaraan dan kerjasama dengan pihak pendakwaan;2. Peserta mampu menjelaskan tanggungjawab Pegawai Penyiasat dalam pengurusan saksi, memastikan saksi bersedia dan memberi keterangan secara efektif dalam proses perbicaraan;
3. Peserta dapat membincangkan langkah-langkah penambahbaikan dalam pengendalian kes rasuah yang melibatkan kerjasama antara DPP dan Pegawai Penyiasat, dengan fokus pada mengatasi halangan yang sering berlaku semasa perbicaraan .
Pegawai SPRM dari Bahagian Siasatan / Unit Siasatan SPRM Negeri.