Logo

PROGRAM PEGAWAI INTEGRITI BERTAULIAH SIRI 12 BIL. 2/2025 - SEKTOR SWASTA

Programme Name
PROGRAM PEGAWAI INTEGRITI BERTAULIAH SIRI 12 BIL. 2/2025 - SEKTOR SWASTA
Date Program
02 Sep 2025 to 07 Oct 2025
Date Closed Program
15 Aug 2025
Target Group
KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
Method
Program ini akan diadakan secara kuliah bersemuka. Metodologi yang akan diterapkan dalam program ini adalah kombinasi antara kuliah 2 hala, kajian kes berkumpulan, tugasan kumpulan, tugasan individu serta perkongsian pengalaman penubuhan unit integriti organisasi yang telah berjaya. Kombinasi ini dirangka bagi memberi ruang kepada peserta untuk mengaplikasikan pengetahuan teori dan pegalaman sedia ada para peserta. Penceramah program yang dijemput adalah daripada agensi luar dan juga pegawai SPRM yang mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang tugas masing-masing.

    Status Program
    Ended
    Programme Location
    Asian Institute of Chartered Bankers (AICB), WILAYAH PERSEKUTUAN (KUALA LUMPUR)
    Fee
    RM 5000.00
    Organizer
    CORPORATE INTEGRITY DEVELOPMENT CENTRE

    Objective
    1. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta mengenai fungsi dan peranan Unit Integriti dan Governans (IGU) dalam sektor swasta serta memastikan peserta dapat menyumbang secara efektif kepada usaha integriti dalam organisasi masing-masing.
    2. Memperkukuh ilmu dan pemahaman peserta tentang tatacara dan proses kerja Fungsi Teras IGU yang berpandukan kepada Tatacara Pelaksanaan Fungsi Teras IGU Tahun 2022 untuk memastikan pelaksanaan yang konsisten dan berlandaskan standard integriti.
    3. Memberikan pemahaman dan pendedahan mendalam kepada peserta tentang Seksyen 17A Liabiliti Korporat di bawah Akta SPRM 2009 bagi membolehkan peserta memahami tanggungjawab korporat dan implikasi undang-undang dalam pencegahan rasuah.
    4. Membekalkan peserta dengan kemahiran dalam mengenal pasti risiko rasuah dalam syarikat serta panduan dan tatacara proses kerja untuk membangunkan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) yang komprehensif dan sesuai dengan keperluan syarikat.
    Programme Requirement

    1. Dicalonkan oleh organisasi dan Compliance Officer Networking Group (CONG);

    2. Melepasi proses tapisan keutuhan SPRM (akan dilaksanakan oleh pihak urusetia);

    4. Pegawai dalam Kumpulan Eksekutif dan ke atas;

    5. Pengalaman kerja tidak kurang daripda 5 tahun serta menunjukkan prestasi perkhidmatan yang cemerlang;

    6. Keutamaan diberikan kepada calon yang menjalankan fungsi integriti & governans di organisasi;


    Coordinator
    Shani bin Mandu
    shani.mandu@sprm.gov.my
    0362092800

    Attachement
    Tiada Lampiran