1. Memberi pemahaman kepada pegawai prosedur mengenalpasti, mengumpul dan menyita bukti berkaitan aset maya semasa operasi di lokasi jenayah. Selain itu, kursus ini juga memastikan pegawai mampu bertindak secara teknikal di lokasi dengan melaksanakan penyitaan serta merta ke atas dompet digital dan bukti mengenai cryptomining;
2. Memberi kemahiran untuk melaksanakan pemindahan aset maya ke dalam Controlled Wallet dengan selamat dan mematuhi prosedur forensik digital;
3. memperkasa pegawai dengan kefahaman tentang struktur dan aktiviti berkaitan trasnsaksi kripto yang boleh dikaitkan dengan rangkaian jenayah kewangan dan elemen pengubahan wang haram melalui mata wang kripto;
4. memberi kefahaman mengenai kaedah pemindahan dan penyembunyian asset melalui rangkaian blokchain dan membantu pegawai dalam pembinaan kes yang melibatkan transaksi mencurigakan serta penyitaan asset digital berdasarkan jejak kewangan kripto.
Pencalonan telah dipilih dan diperakukan dalam Mesyuarat JCLPS Bil 14/2025