1. Menerangkan prinsip asas siasatan merangkumi analisa aduan, teknik menganalisa keterangan dan pengukuhan kemahiran temubual saksi atau saspek serta memberi pendedahan menyeluruh tentang teknik siasatan asas secara sah dan sistematik.
2. Mengukuhkan kemahiran pengendalian bahan bukti selaras dengan prinsip undang-undang.
3. Menerangkan kaedah penyediaan laporan siasatan dan pengurusan kertas siasatan yang berkualiti
4. Menyediakan peserta dengan pengetahuan prosedur operasi standard (SOP) dalam siasatan Akta 774 dan meningkatkan pemahaman kredibiliti seorang pegawai penyiasat dalam menjalankan siasatan yang adil, telus dan tanpa prejudis.
Pegawai awam yang layak mestilah berada sekurang-kurangnya di Gred 6 bagi kumpulan pelaksana atau Gred 10 bagi kumpulan pengurusan dan profesional serta mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) tahun baki tempoh perkhidmatan sebelum bersara.