Logo

BENGKEL PENGUKUHAN MODUL SIASATAN BAGI KURSUS ASAS PEGAWAI SPRM

Nama Program
BENGKEL PENGUKUHAN MODUL SIASATAN BAGI KURSUS ASAS PEGAWAI SPRM
Tarikh Program
07 Sep 2026 hingga 09 Sep 2026
Tarikh Tutup Permohonan
28 Aug 2026
Kumpulan Sasaran
TENAGA PENGAJAR MODUL SIASATAN KURSUS ASAS PEGAWAI SPRM
Kaedah
Pembelajaran bersemuka
Status Program
Tamat
Lokasi Program
DEWAN KULIAH PAHANG, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Yuran
PERCUMA
Penganjur
SEKOLAH PENYIASATAN DAN FORENSIK

Objektif

Objektif 1: Penyelarasan Modul Kontemporari & Doktrin Latihan Baharu Mendedahkan dan menyelaraskan pemahaman barisan tenaga pengajar terhadap struktur modul kontemporari Kursus Asas Pegawai SPRM. Langkah ini bertujuan memastikan para pendidik berupaya menyampaikan kandungan pengajaran yang holistik bagi melahirkan Pegawai Kadet yang kompeten serta bersedia dari segi strategik untuk mendepani cabaran pencegahan rasuah masa kini.

Objektif 2: Peningkatan Kompetensi Pedagogi Aras Tinggi Memperkasakan kemahiran instruksional dan metodologi pengajaran barisan tenaga pengajar agar berupaya mengendalikan latihan berstruktur pengajian tinggi secara berkesan. Objektif ini memberi tumpuan kepada kebolehan menyampaikan teori penguatkuasaan yang kompleks serta mengendalikan simulasi praktikal bagi menghasilkan impak pembelajaran yang optimum kepada pelajar.

Objektif 3: Pematuhan Kriteria Akreditasi COPPA (Code of Practice for Programme Accreditation) Memenuhi keperluan jaminan kualiti COPPA (terutamanya dalam Bidang 4: Staf Akademik) yang mewajibkan penyediaan program pembangunan profesional berterusan (continuous professional development) untuk meningkatkan kepakaran pedagogi dan kurikulum tenaga pengajar. Pendedahan ini penting bagi membuktikan adanya penjajaran konstruktif (constructive alignment) antara hasil pembelajaran (LO), aktiviti pengajaran, dan mekanisma pentaksiran pelajar di bawah kerangka pendidikan tinggi

Syarat Program

Tenaga pengajar yang dilantik oleh Bahagian dan Negeri untuk mengendalikan perogram Kursus Asas SPRM bagi Modul Siasatan.


Penyelaras
Mohd Ridzwan bin Razali
mridzwan@sprm.gov.my
0362092800

Lampiran
Tiada Lampiran