Logo

BENGKEL PEMBANGUNAN MODUL CORRUPTION CRIME ANALYST (CCA)

Nama Program
BENGKEL PEMBANGUNAN MODUL CORRUPTION CRIME ANALYST (CCA)
Tarikh Program
04 Nov 2026
Tarikh Tutup Permohonan
30 Oct 2026
Kumpulan Sasaran
P29 - P52
Kaedah
  1. Kursus ini telah dilaksanakan secara bersemuka (face-to-face) selama satu (1) hari.
Status Program
Tamat
Lokasi Program
DEWAN KULIAH SABAH, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Yuran
PERCUMA
Penganjur
SEKOLAH PERISIKAN DAN PENGESANAN

Objektif

Bengkel ini diadakan untuk mencapai objektif berikut:

  1. Mengenal pasti keperluan latihan CCA berdasarkan skop tugas, fungsi dan kompetensi yang diperlukan bagi memperkukuh keupayaan analisis perisikan jenayah rasuah.
  2. Mendapatkan perkongsian pengetahuan dan amalan berkaitan modul CCA melalui sesi perkongsian oleh Federal Bureau of Investigation (FBI) sebagai input kepada pembangunan modul latihan yang bersesuaian.
  3. Merangka dan membangunkan struktur modul latihan CCA yang merangkumi bidang kompetensi utama seperti Target Profile Analysis, Crime Pattern Analysis, analisis risiko, analisis demografi dan trend sosial serta Link/Network Analysis.
  4. Menentukan kandungan pembelajaran, kaedah penyampaian dan bentuk penilaian latihan bagi memastikan modul yang dibangunkan bersifat praktikal, berorientasikan kompetensi dan memenuhi keperluan pelaksanaan tugas CCA.
  5. Menghasilkan cadangan modul latihan CCA yang sistematik dan komprehensif untuk dijadikan asas kepada pembangunan serta pelaksanaan program latihan khusus di MACA, selaras dengan keperluan pengukuhan fungsi analisis perisikan SPRM.
Syarat Program

Bengkel ini menyasarkan seramai 40 orang peserta yang terdiri dari pegawai-pegawai SPRM bergred P29 hingga P48 dari Sektor Operasi.


Penyelaras
Virawan Suthin a/l Boon Aik
virawan@sprm.gov.my
0355256500

Lampiran
Tiada Lampiran