Program ini akan diadakan secara kuliah bersemuka. Metodologi yang akan diterapkan dalam program ini adalah kombinasi antara kuliah 2 hala, kajian kes berkumpulan, tugasan berkumpulan dan individu. Kombinasi ini dirangka bagi memberi ruang kepada peserta mengaplikasikan pengetahuan teori dan pengalaman sedia ada yang dimiliki untuk ditambah baik semasa kuliah kelas dijalankan. Tenaga pengajar yang dijemput bagi menyampaikan ceramah adalah daripada Pegawai SPRM dan penceramah daripada pelbagai agensi yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang masing-masing yang berkaitan dengan pembelajaran program ini.
1. Peserta akan lebih memahami fungsi teras unit integriti serta tugas utama Ketua Unit/Pegawai Integriti berdasarkan Pekeliling Perkihdmatan Awam Bil. 6 Tahun 2013 dan berdasarkan Arahan YAB PM 2011 & 2018.
2. Peserta akan dapat mempelajari secara terperinci bidang perundangan yang melibatkan kesalahan-kesalahan rasuah dan serta mengenalpasti perlakuan-perlakuan perlanggaran integriti yang sering dilakukan oleh warga organisasi;
3. Peserta akan berupaya untuk membangunkan Kerangka Pelan Anti-Rasuah Organisasi (OACP) dan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) bagi organisasi masing-masing.
4. Peserta (Pegawai SPRM) akan diiktiraf sebagai Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) yang berkualiti dari segi berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang pengurusan integriti.
Program ini ditawarkan kepada pegawai SPRM sahaja.
1. Pegawai SPRM yang ditempatkan di Unit Integriti di Kementerian/ Jabatan/ Agensi
2.. Dicalonkan oleh organisasi, mempunyai integriti dan etika yang tinggi,
3. Melepasi proses tapisan keutuhan SPRM/PDRM/ Bahagian Keselamatan/ BPA/ JPA/ Insolvensi,
4. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau setaraf dengannya,
5. Pengalaman kerja tidak kurang daripada 5 tahun serta menunjukkan prestasi perkidmatan cemerlang,dan
6. Perakuan dan sokongan dari badan-badan tertentu (jika ada)