C3: Merancang – Peserta mampu merancang operasi siasatan yang efektif dan berimpak tinggi di peringkat Negeri, dengan mengambil kira keperluan dan cabaran setempat. C3: Membangun – Peserta mampu membangunkan strategi penyeliaan yang efektif untuk memastikan prestasi fungsian siasatan di peringkat Negeri kekal pada tahap yang tinggi dan selaras dengan piawaian Suruhanjaya. C3: Mengkritik – Peserta digalakkan untuk menerapkan pemikiran kritikal dalam menguruskan dan menilai fungsian siasatan di peringkat Negeri, bagi memastikan keberkesanan serta peningkatan berterusan dalam pelaksanaan tugas. |
1. Memperkukuh peranan dan fungsi Ketua Siasatan Negeri (KSN) dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan siasatan di peringkat negeri.
2. Menyelaraskan kaedah penyeliaan Ketua Siasatan Negeri agar sentiasa sejajar dengan keperluan dan standard yang ditetapkan oleh Bahagian Siasatan.
3.Menerapkan teknik penyeliaan yang efektif bagi meningkatkan kecekapan operasi Cawangan Siasatan Negeri, memastikan pencapaian hasil siasatan yang berkualiti dan konsisten.
Pegawai SPRM yang menjalankan tugas Ketua Siasatan Negeri (KSN) dan Ketua Cawangan Bahagian Siasatan (KC)