| C2: Menerangkan – Peserta boleh menerangkan risiko dan cabaran utama yang wujud dalam penyiasatan melibatkan mata wang kripto, termasuk potensi penyelewengan dan halangan teknikal. C2: Membincangkan – Peserta boleh membincangkan kaedah-kaedah penyiasatan yang berkesan untuk menangani kes yang melibatkan mata wang kripto, dengan menilai teknik dan pendekatan yang sesuai dalam konteks siasatan rasuah. C2: Membandingkan – Peserta boleh membandingkan pendekatan penyiasatan mata wang kripto yang digunakan di peringkat antarabangsa dengan kaedah penyiasatan tempatan, bagi mengenal pasti amalan terbaik yang boleh diadaptasi. |
1. Memberikan pemahaman mendalam kepada peserta melalui sesi perkongsian daripada tenaga mahir antarabangsa mengenai risiko penggunaan mata wang kripto dalam konteks penyiasatan rasuah.
2. Merangsang pemikiran kritikal peserta dalam merangka strategi siasatan yang efektif apabila melibatkan suapan dalam bentuk mata wang digital.
3.Menyediakan gambaran dan senario praktikal mengenai risiko dan impak penyelewengan mata wang digital, membantu peserta mengenal pasti cabaran yang mungkin dihadapi serta kaedah pengendalian yang sesuai.
Pegawai SPRM Gred P9 - P12