Program ini akan diadakan secara bersemuka. Metodologi yang akan diterapkan dalam program ini adalah kombinasi antara kuliah 2 hala, kajian kes berkumpulan, tugasan berkumpulan dan individu. Kombinasi ini dirangka bagi memberi ruang kepada peserta mengaplikasikan pengetahuan teori dan pengalaman sedia ada yang dimiliki untuk ditambah baik semasa kuliah kelas dijalankan. Tenaga pengajar yang dijemput bagi menyampaikan ceramah adalah dari pelbagai agensi yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang masing-masing yang berkaitan dengan pembelajaran program ini.
1. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta mengenai fungsi dan peranan Unit Integriti (UI) dalam agensi awam dan memastikan pemahaman yang mendalam terhadap tanggungjawab UI dalam memupuk budaya integriti.
2. Memperkukuh ilmu dan pemahaman peserta tentang tatacara dan proses kerja fungsi teras UI dengan berpandukan kepada Tatacara Pelaksanaan Fungsi Teras UI Tahun 2022 bagi memastikan kepatuhan kepada garis panduan yang ditetapkan.
3. Memberikan pendedahan dan kemahiran kepada peserta untuk mengenal pasti dan menganalisis risiko rasuah yang mungkin berlaku dalam agensi serta membantu peserta dalam mengambil langkah pencegahan yang proaktif.
4. Memberikan panduan dan tatacara proses kerja untuk membangunkan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) yang berkesan serta memastikan peserta berkemampuan merangka dan melaksanakan pelan risiko rasuah dengan komprehensif.
1. Ditawarkan kepada pegawai yang berkhidmat di dalam sektor Awam di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak (keutamaan diberikan kepada pegawai yang berkhidmat di Unit Integriti (UI);
2. Dicalonkan oleh organisasi, mempunyai integriti dan etika yang tinggi;
3. Melepasi proses tapisan keutuhan SPRM/ PDRM/ Bahagian Keselamatan/ BPA / JPA/ Insolvensi;
4. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau setaraf dengannya;
5. Pengalaman kerja tidak kurang daripada 5 tahun serta menunjukkan prestasi perkidmatan cemerlang; dan
6. Perakuan dan sokongan dari badan - badan tertentu (jika ada)