Objektif bengkel adalah seperti berikut : -
1) Memperkenalkan asas sistem MACCKPI versi 2.0 kepada peserta, membolehkan mereka memahami fungsi dan penggunaan sistem dalam pengurusan penilaian KPI.
2) Mengajar teknik penyelarasan MACCKPI versi 2.0 di peringkat bahagian, SPRM Negeri, dan Cawangan untuk melaksanakan penilaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tahun 2025 secara atas talian dengan lebih efisien.
3) Memperkukuhkan pemahaman dan kemahiran pegawai yang dilantik sebagai desk officer KPI dalam menggunakan sistem MACCKPI untuk penilaian KPI, memastikan penilaian yang lebih menyeluruh dan tepat menerusi aplikasi dalam talian.'
Bengkel dilaksanakan secara bersemuka dan melibatkan DO KPI yan dilantik oleh Bahagian / Negeri sahaja.