Logo

Metodologi Penyelidikan : Panduan Komprehensif Untuk Kajian Berkesan

Nama Program
Metodologi Penyelidikan : Panduan Komprehensif Untuk Kajian Berkesan
Tarikh Program
20 Jul 2025 hingga 25 Jul 2025
Tarikh Tutup Permohonan
18 Jul 2025
Kumpulan Sasaran
5 - 11
Kaedah
1: Menjelaskan – Peserta mampu menjelaskan proses penyelidikan dokumen serta memahami kepentingannya dalam memperkukuh kerja-kerja anti-rasuah melalui pengumpulan maklumat yang teliti dan sahih.

2.: Mengaplikasikan – Peserta dapat mengaplikasikan teknik carian yang berkesan di perpustakaan dan internet, serta menilai kesahihan sumber-sumber tersebut untuk memastikan ketepatan maklumat yang dikumpulkan.

3: Menganalisis – Peserta mampu menganalisis data dalam penyelidikan dokumen menggunakan pelbagai teknik analisis data, seperti analisis kandungan kualitatif dan analisis tematik, untuk menghasilkan pemahaman yang mendalam dan relevan terhadap isu yang diselidiki.'
Status Program
Tamat
Lokasi Program
NIOSH BANGI, SELANGOR
Yuran
PERCUMA
Penganjur
SEKOLAH PENGAJIAN PENGURUSAN

Objektif

Objektif seperti berikut;

1.  Memperkenalkan peserta kepada kaedah penyelidikan dokumen dan memahami kepentingannya dalam memperkukuh usaha anti-rasuah melalui pengumpulan bukti dan maklumat yang tepat.

2.  Mengajar teknik pencarian dan akses dokumen di perpustakaan dan arkib, serta kaedah untuk mendapatkan maklumat yang boleh dipercayai dari sumber digital, termasuk internet.

3.  Membangunkan kemahiran peserta dalam mengorganisasi dan menganalisis data dokumen melalui analisis kandungan kualitatif dan analisis tematik yang berpandu pada tema atau objektif penyelidikan.

4.  Memberikan pengetahuan tentang proses penerbitan, termasuk penyediaan manuskrip, teknik penukilan yang betul, dan kaedah penyampaian hasil penyelidikan secara profesional dan berkesan.'

Syarat Program

1. BERSEMUKA

2. TERBUKA KEPADA PEGAWAI SPRM YANG MENYEDIAKAN MAKLUMAT BERKAITAN PENYELIDIKAN SPRM (MACA, BPIA, BKS, BPT DAN DASAR)


Penyelaras
Mohd Zamir bin Ahmad Zubid
zamir@sprm.gov.my
0355256500
Urusetia
PPs SOFFI AZWA BINTI MOHD NOOR
soffiazwa@sprm.gov.my
0196222477

Lampiran
Tiada Lampiran