Objektif kursus adalah seperti berikut :
1 . Peserta mampu menjelaskan kes-kes yang berkaitan dengan perlindungan saksi dan pemberi maklumat, dengan merujuk kepada situasi di mana perlindungan undang-undang adalah kritikal untuk keselamatan saksi ;
2. Peserta dapat menerangkan kepentingan Akta Perlindungan Saksi dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, serta peranan akta-akta ini dalam menyokong keberhasilan penyiasatan dan pendakwaan;
3. Peserta dapat menerangkan jenis-jenis perlindungan yang disediakan di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, bagi memastikan keselamatan dan keyakinan saksi dan pemberi maklumat dalam menyokong proses undang-undang .