KAEDAH PERLAKSANAAN
Kursus ini akan diadakan secara bersemuka dan diadakan di luar MACA bagi mengoptimumkan keberkesanan kursus. Ini kerana pelbagai aktiviti-aktiviti dalam modul UKJK melibatkan aktiviti luar, latihan fizikal dan lain-lain aktiviti yang melibatkan kawasan serta peralatan lapangan yang tidak terdapat dalam MACA.
1. Memahami konsep dan kepentingan kecergasan fizikal dalam konteks penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan serta impaknya terhadap keberkesanan tugas.
2. Mengenal pasti, mengurus dan menggunakan peralatan kecergasan dengan betul mengikut keperluan setiap ujian bagi memastikan ketepatan dalam penilaian kecergasan.
3.Mengaplikasikan teknik penilaian yang sesuai untuk menilai tahap kecergasan fizikal peserta ujian secara komprehensif selaras dengan piawaian UKJK.
4.Menilai dan menganalisis keputusan ujian kecergasan berdasarkan piawaian dan prosedur UKJK, serta menyediakan laporan kecergasan yang terperinci dan tepat bagi setiap peserta ujian untuk rekod prestasi yang sah.