KAEDAH PERLAKSANAAN
Kursus ini akan diadakan secara bersemuka dan diadakan di luar MACA bagi mengoptimumkan keberkesanan kursus. Bengkel ini akan melibatkan sesi perbincangan kumpulan serta kajian kes untuk memahami kekuatan dan keperluan setiap modul. Peserta disarankan untuk menyediakan cadangan awal atau maklum balas berdasarkan pengalaman terdahulu dalam mengendalikan modul.
1. Menganalisis keberkesanan modul 'Retreat Perjuanganku' yang sedia ada dari segi kandungan dan pendekatan bagi memastikan setiap modul menyampaikan nilai dan impak yang diinginkan.
2. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan modul-modul dalam kursus serta mencadangkan penambahbaikan yang komprehensif dengan mengembangkan teknik pengajaran yang lebih interaktif dan berpusatkan peserta.
3. Memastikan keselarasan semua modul dengan objektif Kursus Asas Pegawai SPRM serta memastikan tahap kesesuaian modul dengan perkembangan dan keperluan peserta.
4. Menghasilkan dan mengemas kini modul agar lebih berstruktur, relevan dan berfokus untuk meningkatkan keberkesanan program dalam mencapai matlamat pembelajaran dan profesionalisme pegawai SPRM.
Terbuka kepada peserta yang dijemput oleh Pusat Latihan Asas MACA.