Program ini akan diadakan secara bersemuka. Metodologi yang akan diterapkan dalam program ini adalah kombinasi antara kuliah 2 hala, kajian kes berkumpulan, tugasan berkumpulan dan individu. Kombinasi ini dirangka bagi memberi ruang kepada peserta mengaplikasikan pengetahuan teori dan pengalaman sedia ada yang dimiliki untuk ditambah baik semasa kuliah kelas dijalankan. Tenaga pengajar yang dijemput bagi menyampaikan ceramah adalah dari pelbagai agensi yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang masing-masing yang berkaitan dengan pembelajaran program ini.
2.1 Di akhir program, akan lebih memahami fungsi- fungsi serta tugas pegawai atau Ketua Unit Integriti berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil. 6 Tahun 2013.
2.2 Para peserta akan dapat mempelajari secara detail perundangan yang melibatkan kesalahan-kesalahan rasuah dan serta mengenalpasti perlakuan-perlakuan perlanggaran integriti yang sering dilakukan oleh warga organisasi ; dan,
2.3 Di akhir program ini, peserta akan berupaya untuk membangunkan Pelan Pencegahan Risiko Rasuah untuk organisasi masing-masing.