Logo

PROGRAM PEGAWAI INTEGRITI BERTAULIAH SIRI 12 BIL. 1/2025 - SYARIKAT BERKEPENTINGAN KERAJAAN (SBK)

Nama Program
PROGRAM PEGAWAI INTEGRITI BERTAULIAH SIRI 12 BIL. 1/2025 - SYARIKAT BERKEPENTINGAN KERAJAAN (SBK)
Tarikh Program
06 May 2025 hingga 29 May 2025
Tarikh Tutup Permohonan
17 Mar 2025
Kumpulan Sasaran
KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
Kaedah
Program ini akan diadakan secara kuliah bersemuka. Metodologi yang akan diterapkan dalam program ini adalah kombinasi antara kuliah 2 hala, kajian kes berkumpulan, tugasan kumpulan, tugasan individu serta perkongsian pengalaman penubuhan unit integriti organisasi yang telah berjaya. Kombinasi ini dirangka bagi memberi ruang kepada peserta untuk mengaplikasikan pengetahuan teori dan pegalaman sedia ada para peserta. Penceramah program yang dijemput adalah daripada agensi luar dan juga pegawai SPRM yang mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang tugas masing-masing.

    Status Program
    Berlangsung
    Lokasi Program
    TBA, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
    Yuran
    RM 5000.00
    Penganjur
    PUSAT PEMBANGUNAN INTEGRITI KORPORAT

    Objektif

    2.1    Objektif Program CeIO GLC adalah peserta berupaya untuk mengenal pasti fungsi dan tugas Unit Integriti disamping meningkatkan kredibiliti pegawai integriti dari segi pengetahuan dan kefahaman dalam bidang pengurusan integriti dengan lebih berkesan serta dapat diaplikasikan dalam tugas seharian.


    2.2    Para peserta juga berupaya untuk menganalisis risiko rasuah serta membentuk pelan antirasuah organisasi serta bertindak sebagai katalis dalam pembudayaan integriti di organisasi masing-masing.


    2.3    Peserta juga akan dapat meningkatkan pengetahuan berkaitan Fungsi Teras Unit Integriti GLC sepertimana Arahan YAB Perdana Menteri No 1 Tahun 2018. 

    Syarat Program

    1. Dicalonkan oleh organisasi (keutamaan diberikan kepada pegawai yang berkhidmat di Unit Integriti dan Governans (IGU) atau unit yang seumpama dengannya);

    2. Mempunyai integriti dan etika yang tinggi;

    3. Melepasi proses tapisan keutuhan SPRM/PDRM/Bahagian Keselamatan/BPA/JPA/Insolvensi (akan dilaksanakan oleh pihak urus setia);

    4. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesinal atau setaraf dengannya;

    5. Pengalaman kerja tidak kurang daripda 5 tahun serta menunjukkan prestasi perkhidmatan yang cemerlang;

    6. Perakuan dan sokongan dari badan-badan tertentu (jika ada).



    Penyelaras
    Norwati binti Azmi
    norwati@sprm.gov.my
    0362092963
    Urusetia
    PsK Norwati binti Azmi
    norwati@sprm.gov.my
    0194132807