2.1 Objektif Program CeIO GLC adalah peserta berupaya untuk mengenal pasti fungsi dan tugas Unit Integriti disamping meningkatkan kredibiliti pegawai integriti dari segi pengetahuan dan kefahaman dalam bidang pengurusan integriti dengan lebih berkesan serta dapat diaplikasikan dalam tugas seharian.
2.2 Para peserta juga berupaya untuk menganalisis risiko rasuah serta membentuk pelan antirasuah organisasi serta bertindak sebagai katalis dalam pembudayaan integriti di organisasi masing-masing.
2.3 Peserta juga akan dapat meningkatkan pengetahuan berkaitan Fungsi Teras Unit Integriti GLC sepertimana Arahan YAB Perdana Menteri No 1 Tahun 2018.
1. Ditawarkan hanya kepada MARA Corporation Sdn Bhd sahaja.
2. Dicalonkan oleh organisasi (keutamaan diberikan kepada pegawai yang berkhidmat di Unit Integriti dan Governans (IGU) atau unit yang seumpama dengannya);
3. Mempunyai integriti dan etika yang tinggi;
4. Melepasi proses tapisan keutuhan SPRM/PDRM/Bahagian Keselamatan/BPA/JPA/Insolvensi (akan dilaksanakan oleh pihak urus setia);
5. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesinal atau setaraf dengannya;
6. Pengalaman kerja tidak kurang daripada 5 tahun serta menunjukkan prestasi perkhidmatan yang cemerlang;
7. Perakuan dan sokongan dari badan-badan tertentu (jika ada).