Logo

PROGRAM PEGAWAI INTEGRITI BERTAULIAH (CeIO) SIRI 9 BIL.1/2025 - EKSEKUTIF

Nama Program
PROGRAM PEGAWAI INTEGRITI BERTAULIAH (CeIO) SIRI 9 BIL.1/2025 - EKSEKUTIF
Tarikh Program
08 Sep 2025 hingga 26 Sep 2025
Tarikh Tutup Permohonan
31 Aug 2025
Kumpulan Sasaran
Pegawai P41 dan ke atas
Kaedah
Program ini akan diadakan secara bersemuka.  Metodologi yang akan diterapkan dalam program ini adalah kombinasi antara kuliah 2 hala, kajian kes berkumpulan, tugasan berkumpulan dan individu. Kombinasi ini dirangka bagi memberi ruang kepada peserta mengaplikasikan pengetahuan teori dan pengalaman sedia ada yang dimiliki untuk ditambah baik semasa kuliah kelas dijalankan. Tenaga pengajar yang dijemput bagi menyampaikan ceramah adalah dari pelbagai agensi yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang masing-masing yang berkaitan dengan pembelaran program ini. 
Status Program
Permohonan Dibuka
Lokasi Program
DEWAN KULIAH PERAK, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Yuran
PERCUMA
Penganjur
PUSAT PEMBANGUNAN INTEGRITI KORPORAT

Objektif

Di akhir program, akan lebih memahami fungsi-fungsi serta tugas pegawai atau Ketua Unit Integriti berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil. 6 Tahun 2013.
Para peserta akan dapat mempelajari secara detail perundangan yang melibatkan kesalahan-kesalahan rasuah dan serta mengenalpasti perlakuan-perlakuan perlanggaran integriti yang sering dilakukan oleh warga organisasi ; dan,
Di akhir program ini, peserta akan berupaya untuk membangunkan Pelan Pencegahan Risiko Rasuah untuk organisasi masing-masing
Syarat Program
  1. Pegawai SPRM dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (keutamaan diberikan kepada Pegawai yang ditempatkan di Unit Integriti (UI) dan Unit Integriti Dan Governans (IGU), Pegawai yang ditempat di agensi luar selain di UI dan IGU dan Pegawai Bahagian/Negeri yang bakal bersara dalam tempoh 3 tahun tarikh permohonan)
  2. Permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan/Pengarah Bahagian/Negeri.

Penyelaras
Mohd Sukri bin Mohd Ali
mohdsukri@sprm.gov.my
0123324447
Urusetia
PsK MOHD SUKRI BIN MOHD ALI
mohdsukri@sprm.gov.my
0123324447

Lampiran
Tiada Lampiran