Di akhir program ini, para peserta akan memenuhi Objektif Pembelajaran Kursus:
OPP 1: Memahami dan mampu menganalisa peruntukan undang-undang anti rasuah, akta pengubahan wang haram dan akta perlindungan pemberi maklumat;
OPP 2: Mampu mengenalpasti polisi dan tatacara fungsi pengurusan aduan, pengesanan dan pengesahan;
OPP 3: Mempelajari polisi-polisi dan inisiatif pencegahan rasuah iaitu, ABMS, OACP dan polisi pencegahan anti-rasuah dan pengubahan wang haram di institusi masing masing.
Pada penganjuran program pada kali ini dikhususkan kepada pegawai SME Bank sahaja.