Logo

PROGRAM PEGAWAI INTEGRITI BERTAULIAH (CeIO) SEKTOR AWAM SIRI 45 BIL.1/2026

Nama Program
PROGRAM PEGAWAI INTEGRITI BERTAULIAH (CeIO) SEKTOR AWAM SIRI 45 BIL.1/2026
Tarikh Program
19 Apr 2026 hingga 14 Jun 2026
Tarikh Tutup Permohonan
28 Feb 2026
Kumpulan Sasaran
Pegawai Integriti di bawah pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Kaedah

Program ini akan diadakan secara bersemuka. Metodologi yang akan diterapkan dalam program ini adalah kombinasi antara kuliah 2 hala, kajian kes berkumpulan, tugasan berkumpulan dan individu. Kombinasi ini dirangka bagi memberi ruang kepada peserta mengaplikasikan pengetahuan teori dan pengalaman sedia ada yang dimiliki untuk ditambah baik semasa kuliah kelas dijalankan. Tenaga pengajar yang dijemput bagi menyampaikan ceramah adalah dari pelbagai agensi yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang masing-masing yang berkaitan dengan pembelajaran program ini. 

Status Program
Berlangsung
Lokasi Program
Dewan KCS, Institut Pengurusan Dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman, Kompleks INSPIN, Alor Setar, KEDAH
Yuran
RM 4000.00
Penganjur
PUSAT PEMBANGUNAN INTEGRITI KORPORAT

Objektif

Objektif program ini adalah melahirkan CeIO yang:

1. berkelayakan dan kompeten dalam pengurusan tatakelola dan mampu memimpin perubahan dalam memerangi rasuah serta memperkukuh amalan integriti organisasi;

2. mampu mengenal pasti, menganalisis, dan menguruskan risiko berkaitan dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan serta ketidakpatuhan dalam organisasi;

3. mampu melaksanakan program integriti yang lebih sistematik dan efektif bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan; dan

4. bertindak sebagai penasihat utama kepada kepimpinan organisasi dalam pengurusan integriti, etika kerja, pencegahan rasuah, pengurusan risiko serta kawalan dalaman terhadap salah guna kuasa, penyelewengan dan kelemahan pentadbiran.


Syarat Program

1. Pegawai Integriti (PI) yang berkhidmat daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) atau setaraf dengannya; atau

2. Mana-mana individu yang berkhidmat daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional atau setaraf dengannya yang melaksanakan fungsi UI; atau

3. Mana-mana individu yang berkhidmat daripada kumpulan Pelaksana atau setaraf dengannya dari agensi atau organisasi berstruktur kecil yang melaksanakan fungsi UI; dan

4. Pengalaman kerja tidak kurang daripada lima (5) tahun dan telah sah dalam jawatan semasa; dan

5. Bebas daripada prosiding atau hukuman tatatertib; dan

6. Mempunyai prestasi perkhidmatan yang cemerlang; dan

7. Melepasi proses tapisan keutuhan SPRM dan PDRM atau mana-mana agensi yang berkaitan berdasarkan keperluan bagi memastikan bahawa calon tidak terlibat dengan sebarang jenayah atau masalah integriti yang boleh menjejaskan kredibiliti program.


Penyelaras
Mohd Zulfadzly bin Abd Jalil
mzulfadzly@sprm.gov.my
Urusetia
MOHD ZULFADZLY BIN ABD JALLIL
mzulfadzly@sprm.gov.my
0125878797