Objektif kursus ini adalah:
1. Peserta dapat mempelajari kaedah menganalisis data awal daripada maklumat kes serta memahami teknik pemetaan senario kes (mapping case) bagi mengenal pasti pola dan tren modus operandi secara holistik.
2. Peserta dapat mengenal pasti rangkaian organisasi dan struktur jenayah rasuah serta membina profil sasaran (target profile) yang terperinci untuk mengesan hubungan elemen-elemen utama dalam rangkaian tersebut.
3. Peserta mampu merangka hipotesis yang berasaskan penemuan risikan (case output) dan menyediakan pelan pengumpulan maklumat yang kukuh sebagai asas pembangunan kes proaktif perisikan.
4. Peserta kompeten dalam membangunkan pelan tindakan yang tersusun menggunakan Gantt Chart serta menentukan tindakan-tindakan taktikal yang perlu diambil bagi menjamin kelangsungan kes proaktif.
5. Melatih peserta dalam teknik penyediaan laporan yang berkualiti serta penyampaian taklimat dengan menggunakan analisis yang jelas dan berkesan kepada pihak berkepentingan.
Pegawai -pegawai SPRM