Kursus ini akan diadakan secara bersemuka dan diadakan di luar MACA bagi mengoptimumkan keberkesanan kursus. Ini kerana pelbagai aktiviti-aktiviti dalam modul kejurulatihan melibatkan aktiviti luar seperti, teambuilding jungle trekking, 'water confident' dan lain-lain aktiviti yang melibatkan kawasan serta peralatan lapangan yang tidak terdapat dalam MACA.
1. Mengenal pasti dan menerapkan strategi kejurulatihan yang sesuai dalam modul-modul Kursus Asas bagi memaksimumkan keberkesanan latihan.
2. Merancang dan menyusun program latihan secara strategik berdasarkan objektif Kursus Asas serta tahap kemahiran peserta.
3. Mengaplikasikan teknik pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan pembelajaran berbeza dalam kalangan peserta.
4. Mengatasi cabaran dalam latihan melalui teknik komunikasi yang berkesan dan pendekatan problem-solving.
Terbuka kepada peserta yang dijemput oleh Pusat Latihan Asas MACA.